KISAH PARA NABI & RASUL
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah)
Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang
sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat
yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum
siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan
yang tinggi.
Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah
Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan
berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada
kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami
percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan
diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa
Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah
seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada
versi lain seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang
berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah
seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t
mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat
Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau
datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat
Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada
Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan
kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi
Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan
kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah
setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya
aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka
Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi
Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka
Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah
agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi
Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai
saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s
"Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup
itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah
rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku
mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s
berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan
lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh
beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu,
rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka
Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka
Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman:
"Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s".
Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian
Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya
yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta
ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk
diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi
kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu
iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal
ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke
dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut
untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat
dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan
serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris
berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya
telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan
azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk
masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di
tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya,
kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris
masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di
dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat
Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka
kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan
tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil
Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari
syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman
"Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah
merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak
ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang
aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya:
"Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan
Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris)
sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya
dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah
Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita
dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar