KISAH PARA NABI DAN RASUL
Makam NABI ADAM a.s.
Allah SWT
berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para
malaikat:
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat
perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah)
Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok
manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan
dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah,
dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan
perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang
pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar
bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai
nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya:
"Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang
pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir
penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau
hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan menyucikan Engkau ?'
Tuhan
berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'"
(QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan
dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam
tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk
ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat
dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT.
Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung
pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan
penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah
SWT dan bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna
cerita tersebut pada sesuatu yang lain."
Sedangkan
dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya Allah
telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan
ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan
darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah:
30)
Mereka
bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami
bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah,
ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya
para malaikat melalui fitrah mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali
kebaikan dan kesucian, mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah
adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya mereka,
sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal
dari penentangan atau apa pun juga."
Jejak telapk kaki NABI ADAM a.s.
Kita melihat
bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT
menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman
Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog,
suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah
SWT berfirman:
"Kemudian
Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan
suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka
hati.'" (QS. Fushshilat: 11)
Apakah
seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan
bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka?
Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat.
Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk
meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya.
Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam.
Kita
membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia
memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud
kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah
dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT
memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi,
dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka
akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu
para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih
kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan
termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam
masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan
kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang
penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang
tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan
kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri.
Firman-Nya:
"Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut
menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang
kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah.
Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat
sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para
malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat
sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka
bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan
disiapkan untuk hal tersebut.
Sesungguhnya
tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia di alam
wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia
memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan
lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi
dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua
ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun.
Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka
terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak
menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak
mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya
yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab
perwujudannya pada sesuatu.
Setelah
beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru,
di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah,
dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di
dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi
Adam akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang
tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT
berfirman:
"Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku."
(QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas
membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku).
Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali pendekatan
yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan
oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut
adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan
kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak
mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut
tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita,
manusia."
Para malaikat
mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT
menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahukan
bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud
kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud
penghormatan, bukan sujud ibadah, kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan
kepada Allah SWT.
Allah SWT
berfirman:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya
dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan
bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali
Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. "
(QS. Shad: 71-74)
Allah SWT
mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang
berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu,
manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air
sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi
bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah SWT
menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya,
kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.
Selanjutnya,
Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud
kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu
siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis
berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka.
Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis
untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah
berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah
Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu
merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik
daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan
dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya
kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai
hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari
mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka
semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad:
75-83)
Nabi Adam
mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa
takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah
menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk
sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap
iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika
melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang
lain.
Kemudian
alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari
tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari
Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di
antara keduanya yang paling utama.
Dari dialog
tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakai atribut
keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar
mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah SWT
mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan
hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa
Allah SWT telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya,
Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya
dan kasih sayang Allah SWT.
Barangkali ada
seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini terjadi
dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan
ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan
iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada
kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya
adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan
keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter
penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia
terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin
mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat
beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka
dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu
sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi
dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung
untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat
menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah
penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang
terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung
maksud yang dalam.
Allah SWT
tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada
akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk
sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud
kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya
atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada
makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka
kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang
perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang
bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan
sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat
tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada
mereka.
Adam menyedari
bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan
kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan
kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari
pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis
adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para
malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu.
Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah
penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:
"Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS.
al-Baqarah: 31)
Allah SWT
memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan
nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini
bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua
nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan.
Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan
yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu
dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari
penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan para malaikat
kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan
kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para
malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. "
(QS. al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud
adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat
memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun
mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT
tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai
simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk
pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha
Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, kami
menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak
ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS.
al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka
mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
"Hai
Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah:
33)
Kemudian Nabi
Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan
mereka tidak mengenali nama-namanya:
"Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku
nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:
'Maha Suci
Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.'
Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah
berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku
mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa
yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT
ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang
mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam
sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana
juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat
menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak
mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui,
mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka
memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan
menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu,
pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau
iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan
pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan
ilmu-ilmu mated di muka bumi.
Adalah hal
yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan
pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan
ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun
gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu
di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya.
Nabi Adam
mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama para malaikat,
namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu,
Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati
seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih
sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:
Adam berkata:
"Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu
menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di
tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari
mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT
menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa
Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram
denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para malaikat
bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya
Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai
Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam
keadaan hidup."
Nabi Adam
adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada
Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu,
sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:
"Dan
Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan
makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)
Kita tidak
mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para
mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu
adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di
langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia
adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan
terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah
syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan
ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi
yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain
menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha
untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya
pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak
sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa yang terjadi di
dalamnya.
Nabi Adam dam
Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi
semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga.
Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak
terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat
ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak
menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih
sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai
dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk
mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang
barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT
berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan
Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini,
namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya
berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi
Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya.
Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku
akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna?
Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia
memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam
memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya
dalam syurga.
Berlalulah
waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada
suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah
SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis
adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu
dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya
mereka berdua memakan buah terlarang itu.
Allah SWT
berfirman:
"Dan
derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)
Tidak benar
apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam
yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran
tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang
bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi
Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina
manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal
kekekalan.
Belum selesai
Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan,
dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik indah yang
memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian
juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa
isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk
menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah
agar mereka turun dari syurga.
Nabi Adam dan
Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih
sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka,
akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada
mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di
dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan.
Allah SWT berfirman:
"Di
bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu
akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah
SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama
keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke
bumi.
Allah SWT
berfirman:
"Dan
Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah)
ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka
sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam,
sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka
sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang
menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di
dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa
dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan
membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya
tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka
keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya
aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di)
syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka
Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu
berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian
yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang
mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS.
Thaha: 115-123)
Sebahagian
orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan
kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT
berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat:
"Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan
Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan
khalifah di syurga."
Tidaklah
turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan
penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui
bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan
turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan
mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka
bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka -
bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa
jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan
permusuhan pada setan.
Makam Siti Hawa
Apakah
dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa
Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari
syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya
dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang
kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan
memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat
yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya
yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang
bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu.
Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang
memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi
Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan
kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu
berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat
khalifah di dalamnya.
Nabi Adam
memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara
pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan
penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang
jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati
dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat,
memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar
beristighfar dan mengucapkan:
"Ya
Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami
termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah SWT
menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah
Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar
dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut
(hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga
setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari
negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum
kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah)
setelah pengangkatan kenabian mereka.
Nabi Adam
mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi
ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung
kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan
senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang
buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan
pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga,
yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya
sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan
dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa
yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan
kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti
makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam
mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya
di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa
ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya,
memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di
dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik.
Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada
perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan
perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari
perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta
memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi Adam
mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan
pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis sehingga
terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah seorang
anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu
membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman:
"Ceritakanlah
kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang
sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari
salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain
(Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan
bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya
sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu
setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban
dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia
(Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah
hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu
menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan
menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah
bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan
oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan
kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat
tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan
tenang:
Sesungguhnya
aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri,
maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan
bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah
percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang
baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di
tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan
dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang
tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang
jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia
mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki
baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia
bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga
tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara
kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang
dan tampak pucat wajahnya.
Rasulullah saw
bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam
yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali
mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam
keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam,
ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui
bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan.
Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan ayahnya,
maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat
membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali
mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang
mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba
keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa
ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang
berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup meletakkan
bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali tanah dengan
paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan
meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya di atas
tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si pembunuh
berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan kemudian
berteriak:
"Berkata
Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung
gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai
merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap
saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan
paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak
Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak
Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras,
lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut
Nabi Adam berkata:
"Ini
adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)
Nabi Adam
merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya. Salah seorang
dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat untuk
anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya di muka bumi.
Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang
menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah
Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta
kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman
pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama anaknya
yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri.
Nabi Adam
telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti sehingga
anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin
bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh
Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh
air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air
mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon
itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu
sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa
bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam
sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat
dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati.
Kamar yang
sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih
dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan
bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu
wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada
satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang
dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu
adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam
menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia
sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk
membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama,
sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka
dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah
wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua
matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Had Nabi Adam
tersenyum ketika mendapatkan kata salam yang dalam, dan rohnya mencium bau
bunga syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar