Makam NABI KHIDIR a.s.
Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi
dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat
dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah
al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya:
'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah
lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS.
al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk
meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu
mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu
perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma'
al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar.
Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui
hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia
dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau
Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang
berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah
laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari
tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan
rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu,
sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran
tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana
adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut
berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang
kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan
dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita
sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang
berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian
tabir yang tebal.
Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang
mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa
memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan
hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah
s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah
Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan
kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang
dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar
darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah
s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik
mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat
diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau
menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya
dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya
atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan
namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia
adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah
s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir
menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu
bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan
syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga
Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia
tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan
dalam diri Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas
dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain
dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang
lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa
memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati
dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan
kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika
menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian
dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para
nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam
Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam
Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan
adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang bukan termasuk nabi dan syuhada namun para
nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan
demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian
mereka mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian
lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang
kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan
hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan
melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami
sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba
Allah s.w.t yang lain. Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan
kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami
akan menyampaikan kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam
Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak
mereka untuk menyembah Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang
kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah beliau
menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya: "Apakah
ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi Allah?"
Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."
Allah s.w.t tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t
mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau
mengetahui di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui
bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata
kepadanya: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang berada
di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu." Jiwa Nabi Musa
yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya
untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat
menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan
membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di
tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.
Akhirnya, Musa pergi guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh
seorang pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang.
Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat
yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini berkaitan
dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun
Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau
harus berjalan sangat jauh dan menempuh waktu yang lama.
Musa berkata kepada pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas
apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah
denganmu." Pemuda atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya
memberi aku tugas yang tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di
suatu batu di sisi laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan
pembantunya masih bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu
bergerak dan hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai
tanda yang diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya
dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya.
Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya
telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa
yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa
terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah
merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada
kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari
perjalanan ini."
Pembantunya mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun
mengingat bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu
kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal
itu. Setan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu,
yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan dengan
suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat ikan itu hidup
kembali di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya
ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan
bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali
dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang
dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.
Perhatikanlah permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan
suatu kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir
di depan Anda terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus
berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di
mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana keduanya tidur di
dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju laut. Di sanalah mereka
mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak mengetahui namanya, dan bagaimana
bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun tidak mengetahui usianya. Yang kita
ketahui hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu
mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami. "
Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus
pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat
fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:
"Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua
buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil
jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa
kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih
kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita
mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa
(menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk
menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan
cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu
keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi
Kami. " (QS. al-Kahfi: 61-65)
Bukhari mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir
di atas sejadah hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia
menyampaikan salam kepadanya. Khidir berkata: "Apakah di bumimu ada salam?
Siapa kamu?" Musa menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata:
"Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani
Israil." Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir
menjawab: "Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang
memberitahu aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?"
Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat
mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh
kurnia dari-Nya." Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat
dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau
ingin mengikutiku engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."
Kita ingin memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan
Musa yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas
di mana ia memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa,
sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir
mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau
ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh
ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan
dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan-
tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai
Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku."
Musa mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali
mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa
berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang
sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.
Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan
Allah s.w.t, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak
akan menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak disebutkan
dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi
Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya
tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak
bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau
hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan
kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah
al-Kahfi:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu
supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah
diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan
sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu
belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata:
'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak
akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku,
maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri
menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut.
Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang
yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal
Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit
pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat
terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya,
Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu
ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang
jauh.
Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia
berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di
sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku
tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga
mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami
tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak
perahu itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan
yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya
kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa
tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang
terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya
tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar
pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan
bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu
lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap
kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang
dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah
letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa
kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba
Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya
tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki
yang tidak berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia
tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana
lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini
adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan
perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak
mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan
bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan
kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu
menjamu mereka.
Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin
beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika
melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia
menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti
baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil
itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa
berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas
pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t
itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan
diriku." Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang
seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang
ketiga adalah akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan
membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba
yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau
dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh
kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu
hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras
namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang.
Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal
inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat
luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis
air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya
memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh
burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:
"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya
menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi
perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu
telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah
aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama
dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan
janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka
berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka
Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu,
bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu
yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa
sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya
kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau
memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur
kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada
penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi
penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan
dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding
itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.'
Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan
memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar
terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang
bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan
mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu
maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia
akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami
menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih
baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada
ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota
itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang
ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai
kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari
Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian
itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar
terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia
memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia
memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik
itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha
melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya
di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui
kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk
merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu
yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap
terjaga dan mereka tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak
kecil yang terbunuh itu akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu
sebagai musibah, namun kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka
kerana Allah s.w.t akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik
yang dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa
tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang
terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan
sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya
baik ternyata justru di balik itu terdapat keburukan.
Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan
tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba
Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat
Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.
Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya
untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar
biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga
dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak
mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu
terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan
kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini.
Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana
ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan
lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat
kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna
dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang
biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t
wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah
pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi
berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah
s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab
tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang
nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa
argumentasi melalui ayat Al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara
hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami,
dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."
Kedua, perkataan Musa kepadanya:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu
supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah
diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan
sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu
belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata:
'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak
akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu
mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun,
sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa
tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia
tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan
seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh
ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.
Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak
kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah
dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan
kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa
dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang
terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat
kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti
kenabiannya.
Keempat, perkataan Khidir kepada Musa:
"Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku
melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (QS. al-Kahfi: 82)
Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun
ia merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat
para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah
seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa
Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh
sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa,
manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau
kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits
al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku
nasihat." Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu
untuk taat kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat
tentang Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan
pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah
sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai
ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah
Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi
kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang
jelas dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak
menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk
menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu
laduni.
Barangkali kesamaran seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja
agar orang yang mengikuti kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti
cerita. Hendaklah kita berada di batas yang benar dan tidak terlalu jauh
mempersoalkan kenabiannya atau kewaliannya. Yang jelas, ketika kami
memasukkannya dalam jajaran para nabi kerana ia adalah seorang guru dari Musa
dan seorang ustaz baginya untuk beberapa waktu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar