Makam NABI YUNUS a.s.
Beliau
adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata:
"Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata."
Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah
seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah s.w.t kepada kaumnya. Beliau
menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau
mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka
dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan syurga; beliau memerintahkan
mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang
pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana
beliau merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan
marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam
keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah s.w.t
menceritakan hal itu dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia
pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan
mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat
gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS.
al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam
diri Nabi Yunus selain Allah s.w.t. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada
kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke
tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain.
Allah s.w.t belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau
bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin
menurunkan hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi
Yunus seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di
jalan Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak
menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t
dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya
terhadap Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu
matahari tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan
batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak
namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar
yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat
kejadian ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya:
"Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat.
Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau
meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya.
Beliau tidak mengetahui bahawa beliau lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju
ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong
yang berisi bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang pun dari
teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar sendirian; beliau
melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: "Apa yang engkau
inginkan?" Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya
ingin untuk bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam
waktu yang lama?" Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa
takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya:
"Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus
berkata dengan mencoba sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah
engkau mendahului agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si
nahkoda berkata: "Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera
mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya:
"Aku akan pergi bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda
menjawab: "Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata:
"Tidak jadi masalah."
Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang
berpengalaman di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan
yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain
menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu
merasakan dan mengetahui bahawa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu
membayangkan bahawa Nabi Yunus melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani
untuk mengungkapkan kesalahan kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang
yang bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga
kali lipat dari vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan
kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan
kuat untuk meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta
oleh si nahkoda.
Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di
tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan
menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus
hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing:
terkadang naik dan terkadang turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata:
"Tuanku tentukan bagiku kamarku. Aku tampak letih dan ingin istirahat
sebentar." Si nahkoda berkata: "Memang itu tampak di raut wajahmu.
Itu kamarmu," sambil ia menunjuk dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan
diri di atas kasur dan beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia.
Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau
tidak dapat tidur dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahawa atap kamar akan
jatuh menimpa dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana
kedua bola matanya berputar-putar di atas atap kamar tetapi
pandangan-pandangannya yang gelisah itu tidak menemukan tempat perlindungan.
Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya
akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga
hatiku yang tergantung dalam jiwaku."
Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat
dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang
keras cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat
tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang. Perahu
melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia
memecah airnya dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya dengan sangat
lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan pun
berubah. Bertiuplah angin yang cukup kencang yang sangat mengerikan yang nyaris
menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup dahsyat laksana orang
yang kehilangan akalnya. Ombak itu meninggi bagaikan gunung dan menurun
bagaikan lembah.
Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para
awak perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan
paus yang besar yang mulai mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat
perintah kepada ikan paus itu untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus
itu menaati perintah dari Allah s.w.t dan ia segera menuju permukaan laut. Ia
mulai mengikuti perahu itu sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang
keras tetap bertiup kemudian kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar
beban perahu dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi
Yunus merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu
berguncang di kamarnya. Beliau berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu.
Kemudian kepala perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin kencang
bertiup tidak seperti biasanya. Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga
kerananya angin ini bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada
semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke
lautan."
Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari
tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi
angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode
penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia
tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahawa lautan mempunyai
tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka meyakini bahawa bertiupnya angin yang
kencang akibat murka dari tuhan. Oleh kerana itu, harus diadakan upaya untuk
menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun
terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama
penumpang lainya, dan dilakukanlah undian. Yang keluar justru namanya. Lalu
diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus.
Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus.
Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat itu para
awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau
berbuat kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus
mengira bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia
dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah s.w.t
memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang
dipenuhi dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak
ada cahaya bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan. Warna air
tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala
sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak: "Lompatlah wahai musafir yang
misterius." Tiupan angin semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga
keseimbangannya, dan beliau menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke
lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang
yang mengambang. Ikan paus berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum kerana
Allah s.w.t telah mengirim padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap
Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan.
Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut
ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan
malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar
lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati.
Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak.
Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau
mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga
kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya
pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya
Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya
diri sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada
Allah s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian
ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih
kepada Allah s.w.t. Beliau tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak
henti-hentinya menangis. Beliau tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak.
Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan- ikan yang lain dan
tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih
Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua
makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut
bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan
bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar
suara- suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan
terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan
lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan
ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah
s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus
itu merasakan ketakutan tetapi ia berkata dalam dirinya mengapa aku takut?
Bukankah Allah s.w.t yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap
tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui
batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih
kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada
Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang
yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi
Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah
s.w.t menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan
laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan
kepanasan di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan
menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak kuatnya
menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih.
Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya
lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah s.w.t
menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t memberitahunya bahawa kalau
bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut
ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul.
(Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi
lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh
ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk
orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut
ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang
tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang
pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu
mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka
hingga waktu yang tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)
"Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika
ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan
mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat
gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah
memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami
selamatkan orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut
sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam
pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah:
Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti
bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas
mendapatkan celaan (hukuman). Jadi masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang
yang dekat dengan Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap
keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini
memang benar. Sekarang, marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau
meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi oleh orang-orang vang menentang.
Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau oleh orang yang saleh selain
Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan kerananya ia diberi
pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka.
Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t kepada
mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan ia tidak
peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan agama.
Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal yang
mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman- Nya padanya.
Allah s.w.t memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal
dakwah di jalan-Nya. Allah s.w.t mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah
batasan dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang tidak
mengikutinya dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi
Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun- tahun berdakwah beliau
tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan, Nabi Luth tidak
meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan dari desanya. Beliau
tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t sehingga datang perintah Allah s.w.t
melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah
beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya nescaya beliau akan
mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus
keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah
beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman:
"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang
beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala
mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang
menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka
sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap
tinggal bersama mereka nescaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang
serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu
sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha
Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya
kepada mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya dan
mengajarinya bahawa tugas seorang nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi
tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab
atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah
(petunjuk) kepada mereka.
NABI YUNUS a.s. DITELAN
IKAN NUN
Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah
s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang
pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah
kepada penduduknya.
Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang
menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang
ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang
kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan
manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat
memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-
kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah
menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.
Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru,
maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah
berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun.
Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan
berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami
telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari
meninggalkan agama kami".
Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah
menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan
bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t".
Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t
telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah
kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang
suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik,
demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."
Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran
supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata
"walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan
berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang
kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu
memang orang yang benar."
Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima
peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat
marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima
hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah
melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.
Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan
mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat
kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka
tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang
benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar
beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah
s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.
Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan
mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu
Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam
ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan
bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya
malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.
Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan
akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal
hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta
belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal
tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda
ribut taufan yang kuat.
Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa
hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu
pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai
orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang
sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi
dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.
Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu
bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana
meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan
undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi
Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang
sedang bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah
s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup,
maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam
perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun
dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi
Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya
Allah, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."
Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia
daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah
bersabda maksudnya:
"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama
itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi
apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah
bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu
mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari
kiamat."
Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun,
maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus
dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di
bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi
Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.
Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah
memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk
sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar
untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana
penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah
Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar