KISAH NABI ISMAIL a.s.
Ismail
berusia belia ketika memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t. Ibunya
membawanya dan menidurkannya di atas tanah, yaitu tempat yang sekarang kita
kenal dengan nama telaga zamzam dalam Ka'bah. Saat itu tempat yang dihuninya sangat
tandus dan belum terdapat telaga yang memancar dari bawah kakinya. Tidak ada di
sana setitis air pun. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Hajar, bersama
anaknya yang kecil. "Wahai Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan
membiarkan kami di lembah yang kering ini?" Kata Hajar. "Wahai
Ibrahim di mana engkau akan pergi dan membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana
engkau akan pergi?" Si ibu mengulang-ulang apa yang dikatakannya.
Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak menjawab. Kita tidak mengetahui secara
pasti bagaimana perasaan Nabi Ibrahim saat meninggalkan mereka berdua di suatu
lembah yang tidak ada di alamnya tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah s.w.t
telah memerintahkannya untuk tinggal di lembah itu. Dengan lapang dada Nabi
Ibrahim melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Dalam
kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil)
disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada Hajar, isteri
keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus menjauhkannya beserta anaknya. Kami
percaya bahawa kisah ini palsu dan penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati
keperibadian Nabi Ibrahim, maka kita mengetahui bahawa beliau tidak akan
mendapat perintah dari seorang pun selain Allah s.w.t.
Kami
tidak meyakini bahawa beliau terperangkap dalam perasaan kecemburuan feminisme
dan kami juga tidak percaya bahawa beliau sengaja membangkitkan perasaan ini.
Kami tidak mengira bahawa peribadi Sarah yang mulia akan terpedaya dengan sikap
egoisme. Bukankah ia sendiri yang menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar,
pembantunya agar ia mendapatkan keturunan? Ia menyedari bahawa dirinya wanita
tua dan mandul. Ia sendiri yang menikahkannya dan membantu pelaksanaannya. Ia
telah memberikan dan mengabdikan dirinya kepada seorang lelaki yang hatinya
tiada dipenuhi dengan cinta kepada siapa pun kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah
s.w.t berfirman tentang Sarah dan Hajar:
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul
bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (QS. Hud: 73)
Jadi,
masalahnya adalah bukan masalah kecemburuan antara sesama wanita, namun ia
adalah tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t yang di dalamnya tersembunyi
hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih hairan daripada Hajar ketika Nabi Ibrahim
memerintahkannya untuk membawa anaknya Ismail dan mengikutinya. "Ke mana
engkau hai Ibrahim pergi?" Mungkin pertama-tama Hajar yang bertanya
kepadanya dan mungkin juga Sarah yang bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan
akhirnya kedua wanita itu pun juga terdiam.
Di
sana terdapat hikmah yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim tidak mengetahuinya
dan Allah s.w.t tidak menjelaskan kepadanya. la tidak mengetahui hai itu
sebagaimana mereka berdua juga tidak mengetahuinya. Jadi kedua-duanya hanya
terdiam sebagai bentuk akhlak dari isteri-isteri nabi. Inilah Hajar yang
sendirian bersama anaknya di lembah yang terasing dan tandus, di mana ia tidak
mengetahui rahsia di balik tempat itu. Inilah Ismail yang memulai perjalanannya
menuju Allah s.w.t saat masih menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan
juga ujian bagi ayahnya, di mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah tua.
Nabi Ibrahim menyedari bahawa manusia tidak memiliki sesuatu pun dalam dirinya.
Dan seseorang yang cinta kepada Allah s.w.t akan memberikan dirinya kepada
Allah s.w.t dan akan memberikan apa yang di sukai oleh dirinya kepada Allah
s.w.t tanpa harus diminta. Itu adalah hukum cinta yang dalam. Kami tidak
percaya bahawa Nabi Ibrahim mengetahui mengapa ia harus meninggalkan Ismail dan
ibunya di tempat itu. Kami tidak mengira bahawa Allah s.w.t telah
memberitahunya. Allah s.w.t hanya menurunkan perintah dan Ibrahim hanya
menaatinya. Di sinilah tampak kerasnya ujian dan kesulitannya. Di sinilah cinta
yang paling dalam diungkapkan, dan di sinilah cinta yang murni dituangkan.
Allah
s.w.t menguji kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang sangat keras, di mana
umumnya para orang tua berat sekali melakukannya. Bukan bererti bahawa cinta
Allah s.w.t kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim kepada-Nya menjadikan Ibrahim tidak
memiliki perasaan kemanusiaan. Kekuatan cintanya pada Allah s.w.t justru
menjadikan sebagai lautan dari perasaan kemanusiaan, bahkan lautan yang tidak
bertepi. Perasaan beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih lembut, dan lebih
sayang dari perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau
rela meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t memerintahkan hal
tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun ia mampu melewati ujiannya
dan beliau memilih cinta Allah s.w.t daripada cinta anaknya.
Ketika
Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan yang luar biasa dari yang seharusnya kepada
anaknya, maka Allah s.w.t memerintahkannya untuk menyembelihnya. Allah s.w.t
agar hanya Dia yang menjadi pusat cinta para nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai
Allah s.w.t, maka ia pun harus mencintai kebenaran dan orang yang mencintai
kebenaran adalah orang memenuhi hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata.
Ismail mewarisi kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t
sebelumnya:
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk
orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat: 100)
Allah
s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat
sabar." (QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran
yang sama yang terdapat pada ayahnya, kebaikan yang sama, ketakwaan yang sama,
dan adab kenabian yang sama pula. Ismail mendapatkan ujian yang pertama saat
beliau kecil dan ujian itu berakhir saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari
kedua kakinya sehingga darinya ibunya minum dan menyusuinya. Kemudian Ismail
mendapatkan ujian yang kedua dalam hidupnya saat ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha
bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam
mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab:
'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu
akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat: 102)
Apa
yang Anda kira terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya tentang sifat dari
mimpi itu, dan ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang kebenaran mimpi itu,
tetapi yang dikatakannya: "Wahai ayahku laksanakanlah apa yang
diperintahkan. "Janganlah engkau gelisah kerana aku dan janganlah engkau
menampakkan kesedihan dan keluh-kesah. "Engkau akan mendapatiku termasuk
orang-orang yang sabar." Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh
terhadap ayahnya yang soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari seorang anak dan
tentu orang tuanya lebih harus bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di antara
keduanya untuk menguji siapa di antara mereka yang paling sabar. Perlumbaan
yang tujuannya adalah meraih cinta Allah s.w.t.
Allah
s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang
tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar
janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia menyuruh keluarganya
untuk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai
di sisi Tuhannya." (QS. Maryam: 54-55)
Baitullah
Ismail
hidup di semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Ismail memelihara
kuda dan terhibur dengannya serta memanfaatkannya untuk keperluannya. Sedangkan
air zamzam sangat membantu orang- orang yang tinggal di daerah itu. Kemudian
sebahagian kafilah menetap di situ dan sebahagian kabilah tinggal di tempat
itu. Nabi Ismail tumbuh menjadi dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim,
mengunjunginya dan tidak menemukannya dalam rumah namun ia hanya mendapati
isterinya. Nabi Ibrahim bertanya kepadanya tentang kehidupan mereka dan keadaan
mereka. isterinya mengadukan padanya tentang kesempitan hidup dan kesulitannya.
Nabi Ibrahim berkata padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan
padanya untuk mengubah gerbang pintunya."
Ketika
Nabi Ismail datang, dan isterinya menceritakan padanya perihal kedatangan
seorang lelaki, Ismail berkata: "Itu adalah ayahku dan ia memerintahkan
aku untuk meninggalkanmu, maka kembalilah engkau pada keluargamu."
Kemudian Nabi Ismail menikahi wanita yang kedua. Nabi Ibrahim mengunjungi
isteri keduanya dan bertanya kepadanya tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan
padanya bahawa mereka dalam keadaan baik-baik dan dikurniai nikmat. Nabi
Ibrahim puas terhadap isteri ini dan memang ia sesuai dengan anaknya.
Barangkali Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan spirituilnya dan cahaya yang
mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi Ibrahim menyiapkan Ismail
untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas yang membutuhkan kerja keras kemanusiaan
seluruhnya dan waktunya seluruhnya serta kenyamanannya seluruhnya.
Ismail
menjadi besar dan mencapai kekuatannya. Nabi Ibrahim mendatanginya. Tibalah
saat yang tepat untuk menjelaskan hikmah Allah s.w.t yang telah terjadi dari
perkara-perkara yang samar. Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Wahai
Ismail, sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan padaku suatu perintah"
ketika datang perintah pada Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau
menjelaskan kepadanya persoalan itu dengan gamblang. Dan sekarang ia hendak
mengemukakan perintah lain yang sama agar ia mendapatkan keyakinan bahawa
Ismail akan membantunya. Kita di hadapan perintah yang lebih penting daripada
penyembelihan. Perintah yang tidak berkenaan dengan peribadi nabi tetapi
berkenaan dengan makhluk.
Ismail
berkata: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu padamu." Nabi
Ibrahim berkata: "Apakah engkau akan membantuku?" Ismail menjawab:
"Ya, aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata: "Sesungguhnya
Allah s.w.t memerintahkan aku untuk membangun rumah di sini." Nabi Ibrahim
mengisyaratkan dengan tangannya dan menunjuk suatu bukit yang tinggi di sana.
Selesailah
pekerjaan itu. Perintah itu telah dilaksanakan dengan berdirinya Baitullah yang
suci. Itu adalah rumah yang pertama kali dibangun untuk manusia di bumi. Ia
adalah rumah pertama yang di dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana
Nabi Adam adalah manusia yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan
pembangunannya kembali padanya. Para ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi
Adam membangunnya dan ia melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para malaikat
yang tawaf di sekitar Arasy Allah s.w.t.
Nabi
Adam membangun suatu khemah yang di dalamnya ia menyembah Allah s.w.t. Adalah
hal yang biasa bagi Nabi Adam - sebagai seorang Nabi - untuk membangun
sebuah rumah untuk menyembah Allah s.w.t. Tempat itu dipenuhi dengan rahmat.
Kemudian Nabi Adam meninggal dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu
hilang dan tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari
Allah s.w.t untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri sampai
hari kiamat dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai membangun Ka'bah.
Ka'bah adalah sekumpulan batu yang tidak membahayakan dan tidak memberikan
manfaat. Ia tidak lebih dari sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan
simbol tauhid Islam dan tempat penyucian kepada Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki
tauhid yang tinggi dan Islam yang mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang
Muslim yang tulus dan ia bukan termasuk seorang musyrik.
Batu-batu
rumah itu telah dibangun dari ketenteraman hati Nabi Adam dan kedamaian Nabi
Ibrahim serta cintanya dan kesabaran Nabi Ismail serta ketulusannya. Oleh
kerana itu, ketika Anda memasuki Masjidil Haram Anda akan merasakan suatu
gelombang kedamaian yang sangat dalam. Terkadang pada kali yang pertama engkau
melihat dirimu dan tidak melihat rumah dan pemeliharanya. Dan barangkali engkau
melihat rumah pada kali yang kedua namun engkau tidak melihat dirimu dan
Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji engkau tidak akan melihat dirimu dan rumah
itu yang engkau lihat hanya pemelihara rumah itu. Ini adalah haji yang hakiki.
Inilah hikmah yang pertama dari pembangunan Ka'bah.
Allah
s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar
baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah dari kami
(amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau
dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau
dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan
terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi
Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan
mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan
kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan
mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
(QS. al-Baqarah: 127-129)
Ka'bah
terdiri dari batu-batuan yang ada di bumi di mana ia dijadikan pondasi oleh
Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah menceritakan bahawa ia pernah dihancurkan
lebih dari sekali sehingga ia pun beberapa kali dibangun kembali. Ia tetap
berdiri sejak masa Nabi Ibrahim sampai hari ini. Dan ketika Rasulullah saw
diutus - sebagai bukti pengabulan doa Nabi Ibrahim - beliau mendapat
Ka'bah dibangun terakhir kalinya, dan tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang
yang membangunnya sangat terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya
sebagaimana Nabi Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi
oleh ribuan laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan
kerana kedekatan kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran orang- orang akan
menuduhnya dengan berbagai tuduhan jika beliau menghancurkannya dan
membangunkannya kembali, nescaya beliau ingin merobohkannya dan
mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim.
Sungguh
kedua nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga keras dalam membangunnya.
Mereka berdua menggali pondasi kerana dalamnya tanah yang di bumi. Mereka
memecahkan batu-batuan dari gunung yang cukup jauh dan dekat, lalu setelah itu
memindahkannya dan meratakannya serta membangunnya. Tentu hal itu memerlukan
tenaga keras dari beberapa lelaki tetapi mereka berdua membangunnya
bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa banyak waktu yang digunakan untuk
membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak mengetahui waktu yang digunakan untuk
membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah
sama-sama sebagai tempat perlindungan manusia dan tempat yang membawa keamanan
dan kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap di atas bumi
selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan keselamatan
dari kedahsyatan angin taufan yang selalu mengancam setiap saat.
Allah
s.w.t tidak menceritakan kepada kita tentang waktu pembangunan Ka'bah. Allah
s.w.t hanya menceritakan perkara yang lebih penting dan lebih bermanfaat. Dia
menceritakan tentang kesucian jiwa orang-orang yang membangunnya dan doa mereka
saat membangunnya:
"Tuhan kami, terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (QS. al- Baqarah:
127)
Itulah
puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang yang taat,
ketakutan orang-orang yang takut, dan kecintaan orang-orang yang mencintai:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat yang tunduk patuh
kepada Engkau." (QS. al-Baqarah:
128)
Sesungguhnya
kaum Muslim yang paling agung di muka bumi saat itu, mereka berdoa kepada Allah
s.w.t agar menjadikan mereka termasuk orang-orang yang berserah diri pada-Nya.
Mereka mengetahui bahawa hati manusia terletak sangat dekat dengan ar-Rahman
(Allah s.w.t). Mereka tidak akan mampu menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh
kerana itu, mereka menampakkan kemurnian ibadah hanya kepada Allah s.w.t, dan
mereka membangun rumah Allah s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima
pekerjaan mereka.
Selanjutnya,
mereka meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan rahmat yang turun pada
mereka di mana mereka memohon kepada Allah s.w.t agar memberi mereka keturunan
dari umat Islam. Mereka ingin agar jumlah orang-orang yang beribadah dan
orang-orang yang sujud dan rukuk semakin banyak. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail menyingkap isi had seorang mukmin. Mereka membangun rumah Allah
s.w.t dan pada saat yang sama mereka disibukkan dengan urusan akidah
(keyakinan). Itu mengisyaratkan bahawa rumah itu sebagai simbol dari akidah.
"Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah
haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah
kepada kami cara ibadah yang Engkau sukai. Perlihatkanlah kepada kami bagaimana
kami menyembah-Mu di bumi. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha
Penerima taubat dan Maha Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka melampaui
masa yang mereka hidup di dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah s.w.t:
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan
mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan
kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan
mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
(QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya,
doa tersebut terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus Muhammad bin Abdullah saw.
Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi masa. Selesailah pembangunan
Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan batu yang istimewa yang akan menjadi tanda
khusus di mana tawaf di sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah
mencurahkan tenaga di atas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan
sangat antusias sebagai wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau
kembali, Nabi Ibrahim telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. "Siapakah
yang mendatangkannya (batu) padamu wahai ayahku?" Nabi Ibrahim berkata:
"Jibril as yang mendatangkannya." Selesailah pembangunan Ka'bah dan
orang- orang yang mengesakan Allah s.w.t serta orang-orang Muslim mulai
bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri dalam keadaan berdoa kepada
Tuhannya sama dengan doa yang dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t
menjadikan had manusia cenderung pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka.
"(QS. Ibrahim: 37)
kerana
pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang dalam untuk
mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil Haram dan
kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan pada tempat itu. Semakin jauh
ia, semakin meningkat kerinduannya padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada
setiap tahun, maka hati yang penuh dengan cinta pada Baitullah akan segera
melihatnya dan rasa hausnya terhadap telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan
yang lebih penting dari semua itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan,
Baitullah dan telaga zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah s.w.t berfirman
berkenaan dengan orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan
tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan
sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. " (QS. Ali
'Imran: 67)
Allah
s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama kali menamakan kita
sebagai orang-orang Muslim. Allah s.w.t berfirman:
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu
sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. " (QS. al- Hajj: 78)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar